Tuesday 24 November 2015

PERJUANGAN DITERUSKAN

بسم الله الرحمن الرحيم

PERJUANGAN DITERUSKAN

“..hampir sekian lama menyepikan diri..Alhamdulillah..hari ini, saya kembali terus berjuang mencari rezeqi..buat yang belum mengetahui, saya ingin memaklumkan di sini bahawa ‘anak syurga’ saya Muhammad Solehuddin telah kembali ke rahmatullah pada 23 Julai 2015 bersamaan 7 Syawal 1436 Hijrah yang lalu..

“..bukan mudah untuk saya mencari kekuatan meneruskan perjuangan dalam perniagaan ini, selepas pemergian arwah..saya bersyukur, walaupun saya tidak aktif mempromosi perniagaan dalam Blog dan Facebook, rezeqi Allah swt tetap ada untuk kami sekeluarga..

“..jika dulu, perniagaan Rezeqi Soleh ini berasaskan matlamat utama kami sekeluarga bagi mencari dana perubatan & penjagaan rawatan rapi Muhammad Solehuddin di rumah..kini, kami tetap meneruskan perniagaan ini demi mencari rezeqi yang halal bagi menyara kehidupan kami sekeluarga, jihad ke arah kebebasan kewangan tanpa tanggungan serta membantu membangun ekonomi Ummah..”

“..saya juga perlu kuat untuk meneruskan perjuangan ini, kerana tanggungjawab saya kepada sahabat-sahabat dalam rangkaian Kumpulan Rezeqi Soleh yang memerlukan ‘team-leader’ yang aktif bagi memberi input-input yang dapat membantu perniagaan mereka..InsyaAllah..”

“..semoga Allah swt mempermudahkan segala usaha kami mencari rezeqi dalam perniagaan Rezeqi Soleh ini..Aamiiin Ya Rabbal ‘Aalamiiin..”

"..Terima Kasih kerana berurusniaga dengan pihak Rezeqi Soleh..kami doakan semoga dimurahkan rezeki & beroleh ganjaran pahala kebaikan daripada Allah swt.."

Produk Al Haddad


0 comments:

Post a Comment